TIPS



Kekerapan Melulur Dapat Mencantikkan dan Menghaluskan Kulit...

Scrub atau melulur Badan, ramai yang tahu kaedah ini kan..



Kenapa pentingnya kita melakukan lulur  pada wajah dan tubuh kita...?

Sebab utamanya adalah untuk membersihkan lapisan sel -sel kulit mati di kulit tubuh & wajah kita, jadi apabila kita membersihkan muka atau menyapu losyen pada badan, segalanya mudah menyerap dalam kulit kita.

Ramai wanita mengimpikan kulit wajah & tubuh yang cerah berseri. Wajah yang bersih juga mampu menjadi tatapan yang tidak jemu dimata sesiapa sahaja.

Untuk mendapatkan kedua-dua nya... kita haruslah berusaha, selalu melakukan pembersihan dan lulur pada wajah dan tubuh

Pembersihan wajah wajib dilakukan setiap hari pagi dan malam...

Tak boleh malas ye yang... memang kena lakukan... kerana kalau kita malas... jangan mimpilah untuk mendapat wajah yang bersih dan berseri.

Tak kiralah apa jenis penjagaan wajah yang kita lakukan... yang penting ia sesuai untuk jenis kulit wajah kita.

Membersih... sapu toner... dan melembap... 3 langkah wajib untuk wajah yang bersih ... sihat dan berseri...

Sesekali gunakan lulur dan masker pada muka.  Andainya wajah tidak bermasalah lakukan 3 minggu sekali...


Hasilnya, anda akan lihat setelah beberapa bulan mengamalkannya dan jadikanlah rutin pembersihan ini suatu amalan untuk jangkamasa panjang.. pasti wajah akan tetap bersih dan berseri walaupun usia sudah hampir separuh abad.

Untuk kulit tubuh yang halus dan mulus pula... jangan abaikan penggunaan LULUR.

Manjakanlah diri anda sesekali di dalam bilik air .. buatlah pada hari cuti, time anak² sudah tidur agar masa anda melulur tidak terganggu.

5 langkah untuk melakukan 'body scrub' di rumah...

**TIPS : Melulur hanya selepas mandi (badan lembap)** 
Maknanya~~Kena Mandi dulu utk melembapkan badan, kemudian lap kering badan***



1....Sebaik sahaja selepas mandi... lap badan sehingga kering, ambil lulur yang secukupnya dan gosoklah secara merata ke bahagian tubuh...leher... dada ... lengan hingga ke kaki...

2...  Lakukan secara perlahan-lahan.  Lakukan dengan urutan melingkar.  Haruslah diingatkan... jangan lakukan secara kasar kerana ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan merosakkan permukaan kulit.

3... Ketika melakukan urutan tersebut... cubalah rasakan sensasi dan aroma yang ditimbulkan oleh lulur tersebut... pasti ianya menenangkan fikiran. (disyorkan lulur kopi - utk relaks)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqCYcpc9YTWWc4CUg6T8ceEiOVGM5pZodLYEquDqMez2UgUXAyCUnKAPfhRrvpARQzzsWb9ewSHp9LB6Gu8CdMPTEBO9SJWCLPFaFIULVuOoxcclpZEvaMnZRazlp3dp-CJEcKsPm8ljI/s1600/campuran+kopi+santan.jpg


4.... Untuk mendapatkan hasil yang maksimum lakukan urutan berulang kali ... dan anda akan dpt perhatikan lulur yang digunakan akan bertukar warna... kalau sebelumnya putih pasti ianya tidak akan putih lagi

5.... Lakukan scrub pada seluruh bahagian badan mulai dari tangan... badan.. dan terus ke kaki.  Setelah selesai bilaslah tubuh dengan air hingga bersih.

Lakukan sekurang kurangnya 2 kali seminggu...

Untuk cantik... kita kena rajin... cantik bukan hanya pada wajah.. tapi ianya merangkumi semua... wajah.. tubuh... kulit... tingkah laku.. dan juga hati...
Selamat melulur....


Terima Kasih

© MUSH Onlineshoppe | Template Designed By Blog Bingkisan Hati